Monday, July 28, 2008

Bersih kawasan, elak pembiakan nyamuk

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bemban, Chua Kheng Hwa, menyeru kepada penduduk di Daerah Jasin agar dapat saling bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran rumah mereka bagi mengelakkan pembiakan nyamuk terutama nyamuk Aedes.

“Saya ingin menyeru kepada penduduk di sekitar kawasan ini agar dapat saling bekerjasama membersihkan persekitaran di dalam dan luar kawasan rumah bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

“Saya juga mahu komuniti-komuniti ini dapat bergerak aktif dalam menganjurkan gotong-royong di dalam kawasan perumahan mereka bagi mencegah berlakunya pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri gotong-royong bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Kakitangan SSDC Driving Academy dan juga Jawatankuasa Kuil Mahamaniaman, semalam.

Menurutnya, Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Jasin, polis serta Pihak MPJ sedang giat menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes dan pihak kerajaan sememangnya memandang serius mengenai masalah ini terutama apabila demam Chikungunya mula menular di daerah ini.

“Jumlah pesakit yang disyaki terlibat dengan demam yang lebih mirip kepada demam denggi mula meningkat daripada enam kes kepada lapan kes.

“Awal Julai lalu, hanya terdapat enam kes sahaja tetapi pada minggu lepas terdapat penambahan dua kes yang melibatkan pesakit dari Nyalas dan Chinchin.

“Kes pesakit yang mendapat demam denggi pula menunjukkan penurunan iaitu daripada 22 kes pada dua minggu lepas menurun kepada 13 kes minggu lepas dan pada minggu ini ia menurun menjadi sembilan kes sahaja,” katanya.

Chua turut memberitahu setakat ini penyakit demam Chikungunya masih berada di dalam kawalan dan pihak Jabatan Kesihatan turut mengadakan beberapa semburan nyamuk di kawasan-kawasan yang mempunyai kes tertinggi.

“Melalui semburan nyamuk yang dibuat diharapkan ia dapat membantu penduduk setempat dalam usaha menangani masalah ini.

“Pihak Jabatan Kesihatan turut mempunyai sebuah bilik gerakan khas yang mana jika terdapat maklumat tentang sesuatu kawasan yang mempunyai kes, mereka akan bergerak melakukan penyemburan nyamuk di kawasan tersebut,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kuil ialah Pengarah SSDC, Karpan Kaliapan dan Pengurus Pemasaran SSDC, S.Sivapirakasm.

Welcome On Board Chua

State Assemblyman, Vincent Chua has been appointed is now Assistant Chairman of Ayer Keroh Development and Security Committee (Japerun). His task; to assist Ayer Japerun Chairman, Koh Nai Kwong to deal with people's grouses and Problems.

Bukan Senang Nak Jadi Senang

"Bukan senang nak jadi senang , kita perlu berusaha sehingga berjaya, kata seorang pengusaha keropok mini lekor, Normah Abu Bakar di Taman Industri Kecil dan sederhana (IKS) Ayer Panas, Bemban dekat sini,

Normah yang berasal dari Terngganu berkata, beliau membawa perusahan keropok mini lekor itu, ke Melaka bagi memperkenalkan produk itu, di samping menjadi salah seorang pembekal utama keropok mini lekor di negeri ini.

Menurutnya, beliau hanya membuat perusahan itu secara kecil-kecilan di rumahnya Ayer Barok, Jasin, sebelum melangkah membuka sebuah kilang memproses keropok mini lekor dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan.

"Jabatan Perikanan negeri, menyumbang kepadanya alat-alat dan infrastruktur mengenai perusahaan ini sehingga beliau mampu melangkah kehadapan bersaing dengan usahawan bukan bumiputra di negeri ini,"Katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) pada hari ini.

Normah berkata,beliau telah berpindah ke IKS Ayer Panas pada tahun 2007 dengan bermodalkan RM 15,000 dan jumlah pelaburan itu sebanyak RM50,000 dan tiga kakitangan terdiri dari anak-anaknya sendiri.

"Perniagaan ini melibatkan wang tunai dan sesuailah ianya di anggotai oleh anak-anak, sekaligus menjadi perusahan yang turun menurun pada satu hari nanti,"katanya.

Jelasnya, kilangnya itu kini mampu memasarkan dan mengeluarkan sekitar 12,000 hingga 24,000 batang keropok mini lekor sehari, di mana pendapatan bulanan sekitar RM3,000 hingga 5,000 bergantung kepada permintaan.

Thursday, July 17, 2008

Aktiviti Mingguan ADUN

07/07/08 : Tiada


08/07/08
11.00 AM : Mesyuarat Pengenalan Projek Melaka Bandaraya Bebas Asap Rokok" Melaka Smoke Free City"

Tempat : Melaka


09/07/08 : Tiada


10/07/08 : Tiada


11/07/08
3.00PM : Mesyuarat JKKK

Tempat : Taman Maju & Pondok Kempas


12/07/08 : Tiada


13/07/08
6.45AM : Program Joging Khas Bersama YAB Ketua Menteri Melaka

Tempat : Dataran Pahlawan

9.00AM : Merasmikan Program Gotong -royong

Tempat : Taman Bemban Baru& Kg. Lubuk Kasar


12/07/08 : Majlis Perasmian Penutup Program Perkemahan ?Gabungan Unit Berunifom


Tempat : Asahan

Monday, July 14, 2008

Aktiviti Mingguan ADUN

30 /6/08 : Tiada


01/07/08
10.00AM : Lawatan Kerja Ke Taman Maju

Tempat : Taman Maju

2.30PM : Mesyuarat BN Negeri Melaka

Tempat : Seri Negeri


02/07/08 : Tiada


03/07/08
2.00 PM : Mesyuarat Poet - Execo

Tempat : Wisma Persekutuan


04/07/08
9.00AM : Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Jasin Bil, 3/2008

Tempat : Pejabat Daerah Jasin


3.00PM : Mesyuarat JKKK Jasin Hilir

Tempat : Balai Raya Kg. Jasin Hilir



05/07/08
11.30AM : Majlis Perasmian Karnival Cara Hidup Sihat Dan Jom Tangani Stress.

Tempat : Dataran Alor Gajah



06/07/08

1.00PM : Majlis Perasmian Penutup Kem Motivasi

Tempat : Durian Tunggal

7.00PM : Lawatan Kerja YB Wee Jeck seng

Tempat : MCA Melaka SLC