Tuesday, September 23, 2008

Program Kacau Dodol GB4B Ayer Panas-Eratkan Hubungan Silaturrahim

Menjelang Aidilfitri, pelbagai aktiviti dirancang untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Dikesempatan itu, Gerakkan Belia 4B(GB4B) Cawangan Ayer Panas telah menganjurkan program mengacau dodol bersama pemimpin di kampung itu.

Pengerusi GB4B Cawangan Ayer Panas, Yusri Muharam berkata, program bertujuan merapatkan hubungan pemimpin bersama golongan belia khususnya dan masyarakat kampung amnya.

"Ia juga dapat membina semangat kerjasama di kalangan ahli belia, selain mengekalkan makanan tradisional di kalangan masyarakat Melayu,"katanya.

Selain itu, ia juga dapat mengisi masa yang terluang di kalangan belia- belia di kampung tersebut.

Sebanyak tiga kawah dodol telah dimasak oleh 80 ahli GB4B yang di adakan di perkarangan balai raya kampung berkenaan, di mana sumbernya telah di perolehi melalui sumbangan beberapa buah syarikat dan orng perseorangan termasuk penduduk kampung itu.

Jelas Yusri lagi, dodol tersebut akan di agihkan kepada penduduk kampung, sekaligus merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara penduduk.

Hadir sama pada majlis itu, Penghulu Dewan Undangan Negeri(DUN) Kawasan Bemban, Jazlee Pit; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ayer Panas, Kamarulzaman Md Amin; Naib Ketuanya abd Halim Jenal, Setiausahany, Khairuddin Abdullah serta barisan AJK serta ahli-ahli GB4B Cawangan Kampung berkenaan.

Sunday, September 14, 2008

Mangsa Bencana Terima Bantuan

Ahli undangan Negeri (ADUN) kawasan bemban, chua kheng hwa menyampaikan bantuan bencana alam kepada salah seorang daripada dua mangsa ribut di rumah Awam Pondok Kempas, kemarin.

Mangsa terbabit,Hasim md Jusin dan Zulkifli Ripin,merakamkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan Negeri yang begitu prihatin dan telah meringankan beban yang mereka alami dengan menghulurkan sumbangan.

Dalam Kejadian ribut yang belaku baru-baru ini, rumah kedua-dua mangsa telah mengalami kerosakkan yang teruk terutama pada bahagian dapur rumah.

Menurut Chua, kejadian tersebut adalah yang pertama kali belaku di kawasan rumah awam tersebut dan berharap mangsa akan dapat bersabar serta tabah menghadapi bencana yang menimpa mereka.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan itu ialah penghulu DUN Bemban, Jaelee Pit serta setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Pondok Kempas, Baharudin Kanchil