Tuesday, May 6, 2008

Kerjasama masyarakat,Pihak berkuasa

Masyarakat di negeri ini perlu berganding bahu bersama pihak berkuasa bagi menangani masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah yang berlaku didalam Dun Bemban.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Negeri, Yb Chua Keng Hwa berkata,kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam memastikan hasrat kerajaan menangani gejala penagihan dadah dapat diatasi.masyarakat harus mengambil tahu tentang masalah dikawasan mereka dengan melaporkan kepada pihak berkuasa demi memastikan kawasan sekitar bebas dari gejala sosial dan bebas dari gejala penagihan dadah.
YB Chua yang juga Ahli Dewan Undangan Dun Bemban( ADUN ) kawasan Bemban berkata demikian ketika meramikan program mesra masyarakat di Balairaya Bemban.Program tersebut adalah anjuran Kawasan Rukun Tertangga Bemban dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin.
Pada majlis itu beberapa acara telah diadakan,membabitkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakatdi Dun Bemban seperti sukaneka,pertandingan gubahan bunga,ceramah keselamatan oleh PDRM dan ceramah bahaya dadah olek AADK.