Monday, November 17, 2008

Guru Perlu Buat Perancangan Bantu Kecemerlangan Pelajar

Guru-guru di negeri ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban disaran mempertingkatkan lagi mutu profesionalisme mereka dalam mendidik anak bangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bemban, Chua Kheng Hwa berkata, langkah mempertingkatkan profesionalisme itu penting dalam usaha memastikan mutu pendidikan sekolah terus meningkat dan dihormati.

Menurut Chua, bagi memastikan profesionalisme guru-guru terus meningkat dan berkesan, mereka perlu menghapuskan faktor dalaman dan luaran yang boleh mengganggu pembangunan mutu pelajaran di sekolah.

“Untuk menjadi guru dan sekolah yang berkesan serta pencapaian yang cemerlang dan gemilang, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh semua guru dan pelajar di sekolah.

“Pra syarat utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah cara berfikir dan bertindak secara profesional dan yang paling penting ialah menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat,” katanya merasmikan Hari Kualiti Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, dekat sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar sekolah tersebut, Halimah Din; wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, Tuah Talib; wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tehel, Ab Hamid Kamat dan Sidang Kampung Tehel, Abd Razak Rajis.Menurut Chua, beliau turut berharap semua guru dapat merancang aktiviti serta pembelajaran untuk murid pada tahun hadapan dengan lebih awal sebagai persediaan mengajar.

Katanya, dengan persediaan awal itu, ia sudah pasti tidak akan menyusahkan mereka terutama apabila musim persekolahan tahun hadapan bermula terutama dengan menerima kehadiran murid baru.

Wednesday, November 12, 2008

Amal Sikap Berjimat Cermat Rakyat Digesa Berbelanja Sekadar Yang Perlu

Masyarakat di negeri ini disaran berbelanja lebih berhemah serta mengamalkan sikap berjimat cermat dengan berbelanja sekadar yang perlu bagi menggelakkan pembaziran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Negeri, Chua Kheng Hwa berkata, langkah ini adalah perlu bagi membantu mengurangkan kadar inflasi di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bemban, berkata biarpun ekonomi negara masih berada dalam keadaan yang baik, langkah berjimat cermat adalah perlu kepada semua masyarakat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa amalan berjimat cermat bukan sahaja hanya menguntungkan mereka, malah akan dapat membantu Kerajaan mengurangkan kadar inflasi.

“Biarpun keadaan kegawatan ekonomi negara kita tidak seteruk sebagaimana yang berlaku di Amerika Syarikat ketika ini, namun kita hendaklah terus berbelanja sekadar perlu dan terus berjimat,” katanya.

Beliau berkata demikan di majis penyampaian sumbangan Hari Deepavali kepada 40 orang miskin dan warga emas dari kawasan DUN Bemban di Kompleks Japerun DUN Bemban, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi MIC Negeri, Datuk R Raghavan, Ketua MIC Bahagian Jasin, S Periammalai dan Timbalannya, S Sinnaya serta ahli barisan Jawatankuasa MIC Bahagian Jasin.Menurut Chua, beliau juga berharap golongan penerima bantuan tersebut akan dapat menggunakan sumbangan yang diberikan dengan sebaiknya serta menyambut hari Deepavali dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Aidilfitri Di Taman Kesang Damai Eratkan Semangat Kejiranan

Lebih 500 penduduk Taman Kesang Damai dan kawasan Kesang Jaya menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Dewan Taman Kesang Damai, dekat sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kesang Damai, (PPTKD), Abu Samah Abd Hamid berkata, program yang menjadi acara tahunan persatuan penduduk itu turut dijayakan bersama oleh UMNO Cawangan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan.

Abu Samah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bemban, Chua Kheng Hwa merupakan tetamu khas yang diundang serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kesang Jaya, Minhat Azam.

“Majlis ini membolehkan penduduk yang terdiri dari pelbagai lapisan bangsa bertemu dan ini akan dapat mengeratkan lagi semangat kejiranan di kalangan penduduk taman ini,”katanya.

Sementara itu, Chua berkata, langkah PPTKD mengadakan majlis jamuan hari raya dengan menjemput semua penduduk amat baik khususnya dalam usaha menyatupadukan penduduk.

“Saya amat kagum dengan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan program yang bukan sahaja dihadiri masyarakat Melayu, malah kaum India dan Cina juga ada.

“Ini menunjukkan semangat keharmonian di kalangan penduduk taman ini amat baik dan ianya seharusnya dikekalkan dan menjadi contoh kepada taman-taman lain yang akan mengadakan program seumpama ini,”katanya.

Tuesday, September 23, 2008

Program Kacau Dodol GB4B Ayer Panas-Eratkan Hubungan Silaturrahim

Menjelang Aidilfitri, pelbagai aktiviti dirancang untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Dikesempatan itu, Gerakkan Belia 4B(GB4B) Cawangan Ayer Panas telah menganjurkan program mengacau dodol bersama pemimpin di kampung itu.

Pengerusi GB4B Cawangan Ayer Panas, Yusri Muharam berkata, program bertujuan merapatkan hubungan pemimpin bersama golongan belia khususnya dan masyarakat kampung amnya.

"Ia juga dapat membina semangat kerjasama di kalangan ahli belia, selain mengekalkan makanan tradisional di kalangan masyarakat Melayu,"katanya.

Selain itu, ia juga dapat mengisi masa yang terluang di kalangan belia- belia di kampung tersebut.

Sebanyak tiga kawah dodol telah dimasak oleh 80 ahli GB4B yang di adakan di perkarangan balai raya kampung berkenaan, di mana sumbernya telah di perolehi melalui sumbangan beberapa buah syarikat dan orng perseorangan termasuk penduduk kampung itu.

Jelas Yusri lagi, dodol tersebut akan di agihkan kepada penduduk kampung, sekaligus merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara penduduk.

Hadir sama pada majlis itu, Penghulu Dewan Undangan Negeri(DUN) Kawasan Bemban, Jazlee Pit; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ayer Panas, Kamarulzaman Md Amin; Naib Ketuanya abd Halim Jenal, Setiausahany, Khairuddin Abdullah serta barisan AJK serta ahli-ahli GB4B Cawangan Kampung berkenaan.

Sunday, September 14, 2008

Mangsa Bencana Terima Bantuan

Ahli undangan Negeri (ADUN) kawasan bemban, chua kheng hwa menyampaikan bantuan bencana alam kepada salah seorang daripada dua mangsa ribut di rumah Awam Pondok Kempas, kemarin.

Mangsa terbabit,Hasim md Jusin dan Zulkifli Ripin,merakamkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan Negeri yang begitu prihatin dan telah meringankan beban yang mereka alami dengan menghulurkan sumbangan.

Dalam Kejadian ribut yang belaku baru-baru ini, rumah kedua-dua mangsa telah mengalami kerosakkan yang teruk terutama pada bahagian dapur rumah.

Menurut Chua, kejadian tersebut adalah yang pertama kali belaku di kawasan rumah awam tersebut dan berharap mangsa akan dapat bersabar serta tabah menghadapi bencana yang menimpa mereka.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan itu ialah penghulu DUN Bemban, Jaelee Pit serta setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Pondok Kempas, Baharudin Kanchil

Monday, July 28, 2008

Bersih kawasan, elak pembiakan nyamuk

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bemban, Chua Kheng Hwa, menyeru kepada penduduk di Daerah Jasin agar dapat saling bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran rumah mereka bagi mengelakkan pembiakan nyamuk terutama nyamuk Aedes.

“Saya ingin menyeru kepada penduduk di sekitar kawasan ini agar dapat saling bekerjasama membersihkan persekitaran di dalam dan luar kawasan rumah bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

“Saya juga mahu komuniti-komuniti ini dapat bergerak aktif dalam menganjurkan gotong-royong di dalam kawasan perumahan mereka bagi mencegah berlakunya pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri gotong-royong bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Kakitangan SSDC Driving Academy dan juga Jawatankuasa Kuil Mahamaniaman, semalam.

Menurutnya, Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Jasin, polis serta Pihak MPJ sedang giat menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes dan pihak kerajaan sememangnya memandang serius mengenai masalah ini terutama apabila demam Chikungunya mula menular di daerah ini.

“Jumlah pesakit yang disyaki terlibat dengan demam yang lebih mirip kepada demam denggi mula meningkat daripada enam kes kepada lapan kes.

“Awal Julai lalu, hanya terdapat enam kes sahaja tetapi pada minggu lepas terdapat penambahan dua kes yang melibatkan pesakit dari Nyalas dan Chinchin.

“Kes pesakit yang mendapat demam denggi pula menunjukkan penurunan iaitu daripada 22 kes pada dua minggu lepas menurun kepada 13 kes minggu lepas dan pada minggu ini ia menurun menjadi sembilan kes sahaja,” katanya.

Chua turut memberitahu setakat ini penyakit demam Chikungunya masih berada di dalam kawalan dan pihak Jabatan Kesihatan turut mengadakan beberapa semburan nyamuk di kawasan-kawasan yang mempunyai kes tertinggi.

“Melalui semburan nyamuk yang dibuat diharapkan ia dapat membantu penduduk setempat dalam usaha menangani masalah ini.

“Pihak Jabatan Kesihatan turut mempunyai sebuah bilik gerakan khas yang mana jika terdapat maklumat tentang sesuatu kawasan yang mempunyai kes, mereka akan bergerak melakukan penyemburan nyamuk di kawasan tersebut,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kuil ialah Pengarah SSDC, Karpan Kaliapan dan Pengurus Pemasaran SSDC, S.Sivapirakasm.

Welcome On Board Chua

State Assemblyman, Vincent Chua has been appointed is now Assistant Chairman of Ayer Keroh Development and Security Committee (Japerun). His task; to assist Ayer Japerun Chairman, Koh Nai Kwong to deal with people's grouses and Problems.

Bukan Senang Nak Jadi Senang

"Bukan senang nak jadi senang , kita perlu berusaha sehingga berjaya, kata seorang pengusaha keropok mini lekor, Normah Abu Bakar di Taman Industri Kecil dan sederhana (IKS) Ayer Panas, Bemban dekat sini,

Normah yang berasal dari Terngganu berkata, beliau membawa perusahan keropok mini lekor itu, ke Melaka bagi memperkenalkan produk itu, di samping menjadi salah seorang pembekal utama keropok mini lekor di negeri ini.

Menurutnya, beliau hanya membuat perusahan itu secara kecil-kecilan di rumahnya Ayer Barok, Jasin, sebelum melangkah membuka sebuah kilang memproses keropok mini lekor dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan.

"Jabatan Perikanan negeri, menyumbang kepadanya alat-alat dan infrastruktur mengenai perusahaan ini sehingga beliau mampu melangkah kehadapan bersaing dengan usahawan bukan bumiputra di negeri ini,"Katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) pada hari ini.

Normah berkata,beliau telah berpindah ke IKS Ayer Panas pada tahun 2007 dengan bermodalkan RM 15,000 dan jumlah pelaburan itu sebanyak RM50,000 dan tiga kakitangan terdiri dari anak-anaknya sendiri.

"Perniagaan ini melibatkan wang tunai dan sesuailah ianya di anggotai oleh anak-anak, sekaligus menjadi perusahan yang turun menurun pada satu hari nanti,"katanya.

Jelasnya, kilangnya itu kini mampu memasarkan dan mengeluarkan sekitar 12,000 hingga 24,000 batang keropok mini lekor sehari, di mana pendapatan bulanan sekitar RM3,000 hingga 5,000 bergantung kepada permintaan.

Thursday, July 17, 2008

Aktiviti Mingguan ADUN

07/07/08 : Tiada


08/07/08
11.00 AM : Mesyuarat Pengenalan Projek Melaka Bandaraya Bebas Asap Rokok" Melaka Smoke Free City"

Tempat : Melaka


09/07/08 : Tiada


10/07/08 : Tiada


11/07/08
3.00PM : Mesyuarat JKKK

Tempat : Taman Maju & Pondok Kempas


12/07/08 : Tiada


13/07/08
6.45AM : Program Joging Khas Bersama YAB Ketua Menteri Melaka

Tempat : Dataran Pahlawan

9.00AM : Merasmikan Program Gotong -royong

Tempat : Taman Bemban Baru& Kg. Lubuk Kasar


12/07/08 : Majlis Perasmian Penutup Program Perkemahan ?Gabungan Unit Berunifom


Tempat : Asahan

Monday, July 14, 2008

Aktiviti Mingguan ADUN

30 /6/08 : Tiada


01/07/08
10.00AM : Lawatan Kerja Ke Taman Maju

Tempat : Taman Maju

2.30PM : Mesyuarat BN Negeri Melaka

Tempat : Seri Negeri


02/07/08 : Tiada


03/07/08
2.00 PM : Mesyuarat Poet - Execo

Tempat : Wisma Persekutuan


04/07/08
9.00AM : Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Jasin Bil, 3/2008

Tempat : Pejabat Daerah Jasin


3.00PM : Mesyuarat JKKK Jasin Hilir

Tempat : Balai Raya Kg. Jasin Hilir



05/07/08
11.30AM : Majlis Perasmian Karnival Cara Hidup Sihat Dan Jom Tangani Stress.

Tempat : Dataran Alor Gajah



06/07/08

1.00PM : Majlis Perasmian Penutup Kem Motivasi

Tempat : Durian Tunggal

7.00PM : Lawatan Kerja YB Wee Jeck seng

Tempat : MCA Melaka SLC


Thursday, June 26, 2008

Aktiviti Mingguan

26/06/08 - Jemputan Mesyuarat Jeperun Dun Bemban.


27/06/08 - Jemputan Majlis Angakt Sumpah JawatanKuasa DUN Bemban


28/06/08 - Perasmian Mesyuarat Agung Taman Kesang Damai


29/06/08 - Perasmian Temasya Sukan Tahunan Ke-30 Sekolah

Kebangsaan Jenis Kebangsaan Tamil(SKJT) Bukit Kajang

Thursday, May 8, 2008

Program gotong-royong Dun Bemban

Penduduk di kawasan (DUN) Bemban dinasihat menganjurkan program bergotong-royong dengan lebih kerap dikawasan mereka. YB Chua Keng Hwa berkata, program gotong-royong bukan sahaja boleh dilakukan oleh pihak berkuasa, malah ia boleh dilakukan oleh setiap keluarga dan juga penduduk seempat. Beliau yakin dan percaya sekiranya setiap individu dapat menanam semangat bergotong-royong, semua kawasan di DUN berkenaan akan menjadi bersih dan indah serta bebas dari wabak penyakit katanya di majlis communication for behavioural impact ( COMBI ) di Taman Kesang Indah,baru-baru ini.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan peringatan kepada masyarakat setempat mengenai bahaya aedes serta cara untuk mengatasinya.jika menghidap demam yang berpanjangan, perlulah mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera.turut hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu DUN Bemban ,Jezlee Pit,Pengerusi COMBI Taman Kesang Indah,kakitangan pejabat kesihatan Jasin,serta penduduk taman berkenaan.

Tuesday, May 6, 2008

Kerjasama masyarakat,Pihak berkuasa

Masyarakat di negeri ini perlu berganding bahu bersama pihak berkuasa bagi menangani masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah yang berlaku didalam Dun Bemban.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Negeri, Yb Chua Keng Hwa berkata,kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam memastikan hasrat kerajaan menangani gejala penagihan dadah dapat diatasi.masyarakat harus mengambil tahu tentang masalah dikawasan mereka dengan melaporkan kepada pihak berkuasa demi memastikan kawasan sekitar bebas dari gejala sosial dan bebas dari gejala penagihan dadah.
YB Chua yang juga Ahli Dewan Undangan Dun Bemban( ADUN ) kawasan Bemban berkata demikian ketika meramikan program mesra masyarakat di Balairaya Bemban.Program tersebut adalah anjuran Kawasan Rukun Tertangga Bemban dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin.
Pada majlis itu beberapa acara telah diadakan,membabitkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakatdi Dun Bemban seperti sukaneka,pertandingan gubahan bunga,ceramah keselamatan oleh PDRM dan ceramah bahaya dadah olek AADK.

Monday, April 28, 2008

JKM dirayu beri bantuan bulanan kepada abu kasim



Ahli dewan undangan negeri (ADUN)kawasan Bemban,Chua Keng Hwa telah mengadakan lawatan ke rumah En Abu Kasim di kampung Tanjung Laboh,Tehel.
lawatan ini adalah sebahagian tugas dan lawatan kerja di kawasan kampung tehel dan beliau mengambil kesempatan menziarahi abu kasim yang mengidap penyakit usus sejak beberapa bulan yang lalu.abu kasim juga berharap agar jabatan kebajikan masyarakat (JKM) dapat memberi bantuan bulanan memandangkan beliau tidak lagi mampu berkerja.dalam lawatan ini YB Chua Keng Hwa telah menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban en abu kasim.

Thursday, April 24, 2008

Sumbangan kepada mangsa banjir

23 april 2008,Ahli Dewan Undangan Dun Bemban ,YB Chua Keng Hwa telah memberi sumbangan kepada seorang mangsa banjir kilat di kampung pondok kempas,Jasin . Sumbangan yang diberi berikutan lawatan beliau ke beberapa buah rumah di kampung pondok kempas yang di landa banjir.penduduk memberitahu limpahan air berlaku begitu cepat menyebabkan penduduk tidak dapat menyelamatkan perabot dan beberapa barangan elektrik.

Monday, April 21, 2008


bersama penyokong Barisan Nasional












Friday, April 11, 2008

Bersama Rakyat.



YB Chua Keng Hwa berjumpa danberamah mesra dgn penduduk di Bemban.

Thursday, April 10, 2008

Pendapat YB DUN BEMBAN mengenai isu khinzir di Negeri Selangor

Bagi YB Chua Keng Hwa pula, pekara ini perlu dibuat kajian secara menyeluruh kerana ia melibatkan sensiviti kaum dan agama rakyat malaysia.tetapi jika kerajaan negeri selangor ingin juga meneruskan penternakan khinzir tersebut perlulah memikirkan satu mekanisma bagi mengatasi pencemaran najis, bau dan sebagai nya.kerajaan negeri juga perlu memikirkan satu kawasan yang sesuai bagi penternakan ini agar ia jauh dari petempatan manusia serta tidak menjejas kan ekosistem alam sekitar.sekian

YB CHUA KENG HWA bersama pemimpin dan penyokong barisan nasional.

Tuesday, April 1, 2008

VISI

BAIK DAN LEBIH BAIK

MISI

Memastikan pembangunan dan kemajuan DUN BEMBAN selaras dengan hasrat kerajaan negeri dan pusat.Supaya setiap pembangunan dapat dilaksanakan di setiap tempat samada bandar atau di luar bandar.

DIARI MINGGUAN

30 april 2008
9.00 pagi mempengerusi mesyuarat Japerun Dun Bemban yang pertama oleh YB Chua keng Hwa

29 April 2008
Perjumpaan dengan JKR, Majlis Daerah Jasin, Pemaju perumahan Seri Pengkalan, Pengerusai JKK Taman Maju .membincangkan mengenai simpang empat ditaman maju.ini adalah rungutan dari para peniaga di kawasan tersebut agar sesuatu dapat dijalankan agar tidak menggangu aktiviti perniagaan mereka.

3.00petang melawat kawasan di Kampung kesang pajak ,Pekan kesang pajak dan Taman desa kesang.

28 April 2008
9.00pagi mesyuarat fokus group pembasmian kemiskinan rakyat di Dun Bemban dengan Majlis Daerah Jasin di Pejabat Daerah Jasin.

3.00petang berjumpa dengan rakyat di japerun Bemban.

27 April 2008
9.00a.m perasmian gotong royong bersama penduduk kesang indah serta ahli jawatan kuasa untuk membasmi nyamuk aedes.

26 April 08
8.30malam
jamuan kesyukuran kemenangan BN dun Bemban di balairaya taman maju.

JKKK DUN BEMBAN

PENGERUSI JKKK KESANG TUA
EN ABD LATIF B. BABA
TEL :012-9060046



PENGERUSI JKKK KESANG BARAT
Hj ABD KARIM B. ABU HUSIN
TEL :019-6816412



PENGERUSI JKKK AYER PANAS
EN KAMARULZAMAN B. MD AMIN
TEL :012-6580904



PENGERUSI JKKK BEMBAN
EN KASTAMIN B. HJ KAMSI
TEL :013-6840299



PENGERUSI JKKK JASIN
TUAN HJ YAHYA B. SAADON
TEL :06-5294446



PENGERUSI JKKK TEHEL
TUAN HJ MOKHTAR RUZAINI B.IDRIS
TEL :019-3608840




PENGERUSI JKKK TAMAN MAJU
EN HJ ABD LATIF B.HJ PATING
TEL :012-6149375



PENGERUSI JKKK JASIN HILIR
EN MOHD YUSOF B. OSMAN
TEL :012-6125914



PENGERUSI JKKK KESANG JAYA
HJ MINHAT B. AZAM
TEL :013-6927145



PENGERUSI JKKK FELDA AIR KANGKONG
EN JAMIL B. ABDULLAH
TEL :019-6662884



PENGERUSI JKKK PONDOK KEMPAS
EN MOHAMAD KASIM B NASIR
TEL :012-3841462



PENGERUSI JKKK PONDOK KEMPAS HILIR
EN BORHAN B.HASSAN
TEL :012-9160627

Sunday, March 30, 2008

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN BEMBAN

N24 BEMBAN

Jumlah Pengundi: 13,544
Peratusan Kaum: M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13%

1. Chua Kheng Hua (BN) (6,031)
2. Ho Kia Kim (DAP) (3,890)

Majoriti: 2,141
Jumlah undi: 10,511
Peratus mengundi: 77.61%
Undi rosak: 590

Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN)
(Majoriti: 4,438 undi)


PROFIL ADUN N24 BEMBAN



BAHAGIAN : BEMBAN

NAMA :YB EN CHUA KENG HWA


NO. KAD PENGENALAN :
ALAMAT :

UMUR :47 tahun.
NO. TELEFON
i) BIMBIT :
ii) RUMAH :
iii) PEJABAT :06-5217855

STATUS PERKAHWINAN :BERKAHWIN
BILANGAN ANAK :

TARAF PENDIDIKAN
i) SEKOLAH RENDAH :Sek Ren Jenis Keb Cina CHI MING
TANGKAK, JOHOR
ii) SEKOLAH MENENGAH :Sek Men Keb Ledang TANGKAK,JOHOR
iii) UNIVERSITI / KOLEJ :UNIVERSITY of GUELPH TORONTO
KANADA.


JAWATAN DI MCA
i)
ii)
iii)

PENGALAMAN PEKERJAAN :

AKTIVITI SUKARELAWAN / NGO :
JAWATANG YANG DISANDANG
1)POLITIK :

2)NGO