Thursday, May 8, 2008

Program gotong-royong Dun Bemban

Penduduk di kawasan (DUN) Bemban dinasihat menganjurkan program bergotong-royong dengan lebih kerap dikawasan mereka. YB Chua Keng Hwa berkata, program gotong-royong bukan sahaja boleh dilakukan oleh pihak berkuasa, malah ia boleh dilakukan oleh setiap keluarga dan juga penduduk seempat. Beliau yakin dan percaya sekiranya setiap individu dapat menanam semangat bergotong-royong, semua kawasan di DUN berkenaan akan menjadi bersih dan indah serta bebas dari wabak penyakit katanya di majlis communication for behavioural impact ( COMBI ) di Taman Kesang Indah,baru-baru ini.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan peringatan kepada masyarakat setempat mengenai bahaya aedes serta cara untuk mengatasinya.jika menghidap demam yang berpanjangan, perlulah mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera.turut hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu DUN Bemban ,Jezlee Pit,Pengerusi COMBI Taman Kesang Indah,kakitangan pejabat kesihatan Jasin,serta penduduk taman berkenaan.